TPM Arah Polis Haramkan Perhimpunan Jubli Jerusalem

IPOH – Timbalan Perdana Menteri mengarahkan sambutan besar-besaran Himpunan Jubli Jerusalem di Melaka pada 15 hingga 18 Jun ini dibatalkan kerana menyentuh sensitiviti umat Islam.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengarahkan pihak polis tidak mengeluarkan permit kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

“Arahan membatalkan perhimpunan ini merupakan mesej yang jelas kepada pihak yang cuba menganjurkan perhimpunan meraikan penjajahan Israel ke atas Palestin.

“Sambutan seperti ini jelas melukakan hati orang Islam. Tolong hormati sensitiviti orang Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Bulan Ramadan di Masjid Annur Batu Lapan, Ulu Kinta dekat sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.