TMJ Berkenan Tampung Pembedahan Anak Alafi Mahmud

Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sudi menampung keseluruhan kos pembedahan pertama anak kepada pemain Perlis, Alafi Mahmud di Institut Jantung Negara (IJN) yang memerlukan dana RM100,000.

Pembedahan Adra Medina yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang itu dijadualkan pada hari Sabtu, 10 Jun ini.

Anak kedua kepada ahli PFA Malaysia dari Perlis itu memerlukan pembedahan sebanyak 2 kali dan kos rawatan susulannya mencecah jumlah RM100,000.

Sehubungan itu, pihak PFAM juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan sumbangan kepada pihak Alafi.

PFAM juga menyatakan yang dana pembiayaan untuk adik Adra Medina Medina sudah mencukupi. Namun begitu PFAM masih mengalu-alukan mana-mana pihak yang masih mahu menyampaikan sumbangan mereka.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Eksekutif Pentadbiran PFAM, Cik Hanani di talian 017-722 0864 dan Eksekutif Komunikasi PFAM, Syamil Rosli di 014-548 7034.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.