Tindakan Segera Perlu Diambil Halang Himpunan Jubli Jerusalem Di Melaka

Perhimpunan Jubli Jerusalem akan disambut secara besar-besaran pada 15 hingga 18 Jun ini di Melaka. Himpunan itu bakal diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) dan risalah mengenainya telah tersebar di media sosial.

Ia telah mencetuskan bantahan dan kemarahan umat Islam yang mempersoalkan bagaimana acara seumpama ini boleh diadakan. Adakah pihak tertentu terlepas pandang akan acara ini?

Tahukah anda apakah perhimpunan Jubli Jerusalem ini?

Secara ringkasnya Perhimpunan Jubli Jerusalem ialah acara menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan selama enam hari pada 1967 dan ia juga disambut sempena tahun ke-50 diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel dan Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya.

Apa yang mengejutkan bagaimana acara seumpama ini boleh diadakan di negara ini? Adakah pihak berkuasa terlepas pandang dengan sambutan ini yang ada kaitan dengan gerakan Yahudi di negeri ini?

Meskipun kerajaan negeri Melaka menyatakan ia tidak pernah menerima permohonan daripada penganjur bagi melaksanakan Perhimpunan Jubli Jerusalem ini namun adalah penting supaya dalang penganjurnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

Jika tidak ada sebarang kelulusan diberikan kepada penganjur dan perhimpunan itu dianggap melanggar peraturan, bagaimana pihak terbabit berani mengiklankannya.

Justeru tindakan segera perlu diambil bagi menghalang perhimpunan itu diadakan. Ini kerana ia merupakan satu provokasi dan mencabar sensitiviti umat Islam di negara ini apatah lagi dalam bulan mulia, bulan Ramadan.

Zionis juga tidak boleh dibiarkan bertapak dan tindakan tegas perlu diambil sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.