Suami Bunuh Isteri Dengan Parang Hanya Kerana Tak Dibelikan Rokok

Hanya kerana si isteri tidak membelikan rokok, seorang wanita maut selepas dilibas beberapa kali dengan parang oleh suaminya, dalam kejadian yang mengejutkan penduduk di Jalan Gunung Loli, Indonesia.

Sumiati, 40,  telah dibunuh oleh suaminya, Ippin Manggerai yang sanggup melakukan kekejaman tersebut hanya kerana kehendaknya itu tidak dituruti.

Kejadian itu disedari oleh ibu mangsa, Salasia yang mendengar jeritan anaknya dari dalam bilik.

Salasia sempat melihat Ippin beberapa kali mengayunkan parang ke arah badan isterinya menyebabkan dia terpaksa berlari keluar dari rumah untuk mendapatkan pertolongan manakala Ippin melarikan diri melalui pintu belakang.

Polis yang tiba di tempat kejadian terpaksa mengejar Ippin yang ketika itu tidak berbaju dan enggan menyerah diri .

Keadaan ini memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan ke udara.

Tidak lama kemudian, Ippin berjaya ditangkap.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.