Selesai Munafik 2, Maya Karin Masuk Studio

KUALA LUMPUR – Aktres Maya Karin bakal memasuki studio untuk projek rakaman single terbaharu sebaik penggambaran filem Munafik 2, selesai.

Maya memberitahu, setakat ini, sembilan lagu sudah dipilih.

“Kita akan pilih dua lagu terbaik untuk dijadikan single. Saya harap sebelum akhir tahun ini, single itu dapat dilancarkan,” katanya, lapor BH.

Berkongsi butiran lanjut mengenai projek itu, Maya berkata, antara komposer yang menyumbangkan lagu adalah Aizat Amdan, Awi Rafael dan Yassin.

Sehubungan itu, mengulas mengenai perkembangan penggambaran filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof, Maya berkata, berikutan perubahan jadual, pembikinan filem terbabit terpaksa dilakukan pada bulan puasa.

“Hampir seminggu menjalani penggambaran pada bulan puasa memerlukan saya untuk ‘mendesak’ diri bekerja.

“Mujur kebanyakan penggambaran dilakukan pada waktu malam. Selalunya kami sempat bersahur di lokasi penggambaran.

“Cuma apabila pulang ke rumah, saya sukar melelapkan mata dan mendapatkan rehat yang cukup,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.