Sambung Gaduh Di Hospital

SEREMBAN – Suasana di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) bertukar kecoh apabila tiga sekawan yang parah akibat terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai serbaneka di Jalan Rasah, di sini, masih bergaduh ketika menerima rawatan di hospital berkenaan, kelmarin.

Walaupun masing-masing cedera di leher dan dada, ketiga-tiga lelaki itu termasuk dua beradik yang tidak berpuas hati terus bertumbuk hingga mengejutkan orang awam serta kakitangan hospital, lapor Metro.

Sumber memberitahu, kejadian bermula jam 12 tengah hari apabila semua lelaki berusia 20, 23 dan 24 tahun meneguk arak di sebuah kedai serbaneka menyebabkan mereka berada dalam keadaan mabuk.

Menurutnya, lelaki berusia 20 tahun itu kemudian meminta lelaki berusia 23 tahun menarik semula laporan polis dibuat berikutan dia pernah dibelasah sebelum ini.

“Akibat berang, lelaki berusia 20 tahun itu memarahi dua rakannya yang juga adik beradik sebelum bertindak memecahkan botol dan mengelar leher seorang daripada mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.