Putus Hubungan Dengan Qatar

KAHERAH – Bahrain, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar sekali gus memburukkan lagi keretakan hubungan antara Doha dengan negara-negara Teluk.

Menurut Agensi menerusi laporan Al-Arabiya, keempat-empat negara itu turut menutup pintu sempadan masing-masing dan mengarahkan warga Qatar untuk meninggalkan negara tersebut dalam tempoh dua minggu.

Negara-negara berkenaan menuduh Qatar membiayai keganasan di Yemen dan Syria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.