Punca Kematian Chris Cornell, Gantung Diri

Selepas hampir sebulan Chris Cornell meninggal dunia, akhirnya keputusan bedah siasat penyanyi kumpulan Soundgarden siap bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Menurut E! Online, Chris, 52, meninggal dunia kerana menggantung dirinya walaupun laporan kimia mendapati terdapat bahan terlarang dalam badan penyanyi itu.

Namun, laporan itu menyebut dadah bukan punca kematian Chris yang ditemui mati di sebuah hotel di Detroit pada 17 Mei lalu.

Ketika kejadian, polis menemui Chris dalam keadaan tidak sedarkan diri selain terdapat tali dibahagian tengkuknya.

Penyanyi itu diumumkan meninggal dunia ketika ditemui di tempat kejadian dan spekulasi mula timbul berhubung kematiannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.