Pihak ‘IS’ Mengaku Serangan London

LONDON – Kumpulan Negara Islam ( IS )mengaku bertanggungjawab pada hari Ahad atas serangan London yang membunuh tujuh orang sebelum 3 orang suspek itu ditembak mati oleh polis British.

Menurut AFP, “Pejuang dari Negara Islam yang melakukan serangan London semalam,” kata agensi berita Aamaq, yang ada hubungan dengan kumpulan Negara Islam.

Perdana Menteri Britain, Theresa May menyalahkan idealogi Islam yang ekstrem dan berikrar untuk bertindak keras ke atas sebaran kandungan ekstrem dalam talian di seluruh dunia, dalam pada itu, polis British menahan 11 orang yang mengikuti dua serbuan di timur London.

Kempen pilih raya Britian digantung untuk hari tersebut kerana menghormati mangsa, yang termasuk 48 orang dirawat di hospital untuk kecederaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.