Pengering Rambut Dijadikan Sebagai Perangkap Had Laju Untuk `menakutkan’ Pemandu Kereta


SEORANG nenek yang bimbang dengan kenderaan yang dipandu laju di depan rumahnya telah menggunakan pengering rambut untuk `menakutkan’ pemandu kereta yang memandu laju tanpa memikirkan keselamatan diri dan orang lain.

Jean Brooks, 64, akan berdiri di depan rumahnya dan menggunakan alat berkenaan seolah-olah `perangkap laju’ yang dihalakan ke arah pemandu.

Ia berjaya menakutkan pemandu apabila mereka akan memperlahankan kenderaan sebaik sahaja melihat perangkap had laju palsu itu.

Video rakaman Jean berbuat demikian telah menarik lebih 12 juta tontonan.

Jean memberitahu Notthingham Post bahawa semua itu bermula susulan kematian menantunya akibat satu tragedi.

Dia kemudiannya memulakan kempen mengutip sumbangan untuk Pusat Kanser Marie Curie dengan membuka kafe di depan rumahnya dan dari situ dia melihat bagaimana kenderaan dipandu dengan laju.

“Saya mengingati kata-kata kawan saya mengenai sesuatu yang didengarinya di Perancis di mana seseorang telah menggunakan pengering rambut dan dihalakan ke kenderaan. Jadi saya melihat ia sebagai sesuatu yang boleh dilakukan di sini,’’ katanya.

Menurut Jean, anaknya telah menghubunginya dan memberitahu dia telah menjadi viral.

“Saya mahu menjadikan jalan raya ini selamat untuk kanak-kanak dan saya membuat anak saya tersenyum,’’


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.