Pemuda UMNO Bantah Sambutan Jerusalem Jubilee Di Melaka

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil hari ini akan membuat laporan polis bagi membantah sambutan besar besaran Jerusalem Jubilee di Melaka pada 15-18 Jun 2017 nanti.

Ketuanya, Rohazam Bakar mempersoalkan mengapa Malaysia dipilih untuk sambutan ke 50 Tahun kemenangan tentera Israeal menjarah Bumi Palestin?

“Kumpulan ini akan mengadakan sambutan besar-besaran Jerusalem Jubilee di Melaka pada 15-18 Jun 2017 nanti.

“Tahukah kita bahawa Jerusalem Jubilee ialah menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan 6-hari 1967 sempena tahun ke 50 di angkat sebagai Hari Kebangsaan Israel dan Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya.

“Kami Pemuda UMNO menolak sekeras-kerasnya sambutan ini diadakan di Malaysia terutamanya di bumi Melaka ini!. Malaysia tidak mengiktiraf Negara Yahudi”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Justeru tegas beliau, pihak Pemuda UMNO mahu tahu tahu siapakah penganjur dan dalang di sebalik perhimpunan ini yang lansung tidak peka dengan sentimen rakyat Malaysia terhadap Negara Israel dan kekejaman mereka terhadap Rakuat Palestin.

Laporan Polis akan dibuat di Balai Polis Bukit Baru pada jam 5.30 petang ini dan Pemuda UMNO Bukit Katil memohon kerjasama orang ramai untuk dapat hadir beramai ramai bagi menunjukkan bantahan ke atas program tersebut. – Umno-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.