Peminat Mahu Jadi Isteri Pak Nil

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi aka Paknil menededahkan dia dilamar peminat menerusi nota pelekat yang ditampal di tapak perniagaan yang diusahakannya, Bazar Paknil di Kompleks PKNS, Shah Alam, baru-baru ini.

Aznil berkata, nota pelekat itu ditampal seorang wanita yang berkunjung ke bazar berkenaan, lapor BH.

“Saya terima macam-macam permintaan pengunjung. Ada yang mahukan kereta dan rumah. Manalah tahu, tiba-tiba saya jadi jutawan segera dan ada pihak yang hendak menaja, mungkin impian mereka boleh menjadi kenyataan.

“Apa yang melucukan ada individu berhasrat untuk menjadi isteri dan melamar saya melalui nota pelekat di papan kenyataan itu, ” katanya.

Sementara itu, Pak ni kini giat mempromosikan Bazar Paknil. Selain itu, beliau terbabit dengan rakaman program baharu, Ring Ring Ringgit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.