Malaysia Tunggu dan Lihat Dulu Krisis Diplomatik Negara Arab – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia mengambil pendekatan tunggu dan lihat susulan tindakan beberapa negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, sebelum memutuskan pendirian terhadap insiden dan negara yang terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu yang membelenggu beberapa negara Asia Barat itu sehingga mencetuskan krisis hubungan diplomatik berkenaan masih belum cukup jelas.

“Malaysia memiliki hubungan yang rapat dengan negara Teluk Arab, namun ketika ini kerajaan masih belum mengetahui apakah isu sebenarnya.

“Buat masa ini, kerajaan akan memerhati perkembangan situasi di sana,” katanya ditemui pemberita di Galeri TRX di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tindakan Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, hari ini, bakal memberi impak kepada Malaysia berikutan hubungan rapat negara ini dengan negara yang terbabit dalam krisis berkenaan.

Tindakan beberapa negara Asia Barat itu adalah bagi melindungi kerajaan masing-masing daripada keganasan dan ektremisme, yang didakwa disokong Qatar. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.