Lelaki Pukul Isteri Selepas Ditegur Kerana Memandu Kereta Terlalu Laju

Seorang lelaki ditahan kerana memukul isterinya selepas ditegur kerana memandu kereta terlalu laju.

Dalam kejadian pukul 6 petang Sabtu, pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah.

Lelaki tersebut yang dikatakan mabuk memandu kereta laju melepasi had yang dibenarkan.

Isterinya yang merupakan pendandan rambut menegur tindakannya itu dan meminta supaya kereta dibawa dengan lebih perlahan.

Suaminya yang merupakan pemandu lori kemudian memberhentikan kereta di Jalan Kiew Nang dan mula menumbuk dan memukul isterinya menggunakan kayu.

Wanita berkenaan segera keluar dari keretanya dan berlari ke rumah mereka yang terletak berhampiran.

Dia bagaimanapun dikejar suami dan kemudian dipukul menggunakan kerusi plastik.

Lelaki terbabit juga bertindak memecahkan cermin depan menggunakan kerusi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Saiful Bahari Abdullah pada Isnin berkata, suspek ditahan selepas insiden tersebut.

Mangsa mengalami kecederaan di tangan kiri dan peha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.