Fahrin Teruja Jadi Pengacara Lelaki Pertama Wanita Hari Ini

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 38, teruja apabila dipertanggungjawabkan sebagai hos lelaki pertama dalam program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI), bermula hari ini.

Menurutnya, tawaran daripada pihak penerbitan rancangan yang bersiaran secara langsung itu dianggap sebagai cabaran dalam mempelbagaikan lagi skil pengacaraan dirinya.

“Apabila diajukan tawaran ini, saya turut terkejut kerana maklum tiada hos lelaki ditampilkan sebelum ini. Saya difahamkan, dulu Nazril Idrus juga pernah terbabit dalam WHI, namun beliau hanya mengendalikan segmen khas.

“Sebaik saja diberikan peluang, saya tidak berfikir panjang kerana yakin mampu menggalas amanah diberikan pihak TV3. Sudah pasti saya sendiri teruja untuk bersiaran menerusi rancangan terbabit,” katanya, lapor BH.

Tambahnya, pengalaman mengendalikan aneka rancangan di televisyen dan pentas membantunya mengacarakan WHI secara santai.

Personaliti berasal dari Johor itu turut menggalas tanggungjawab sebagai pengacara bagi program realiti pencarian bakat sukan bola sepak, Mencari Ramli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.