Dialog TN50: LGBT Mengadu Susah Solat Di Masjid

Kebimbangan berkaitan perkhidmatan asasi berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual and transeksual (LGBT) menjadi perbahasan utama dalam sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) dengan golongan itu.

Aktivis LGBT, Presiden Hijrah Republique Mohd al Khusairi Mohd Ariff berkata terdapat aktivis lain yang menyebabkan “membusukkan nama-nama LGBT yang ada sekarang”.

Katanya, ketika beliau berjuang untuk hak bagi memperkasakan diri sendiri dan dilayan seperti manusia, terdapat kumpulan lain yang berjuang untuk perkara lain, seperti perkahwinan sejenis.

“Itu bercanggahlah. Itu tidak boleh dilakukan sebenarnya, ia suatu kesalahan besar.

“jadi disebabkan komuniti aktivis ini yang menyebabkan nama komuniti-komuniti LGBT lain busuk, yang dijadikan dalam satu kelompok yang sama.

“Jadi bila orang pandang LGBT, orang kata, Allah, samalah LGBT dengan geng-geng aktivis ini,” katanya ketika diminta Malaysiakini menghuraikan lanjut pandangannya selepas dialog itu.

Sesi itu dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanapun, acara ini tidak sebesar yang dilangsungkan dengan golongan pengguna dadah sebelum ini.

Tiada ahli politik hadir dalam acara malam tadi.

Hanya segolongan kecil kira-kira 20 orang berkumpul di pejabat NGO Pertubuhan Amal Firdausi (Pafi) yang menumpukan kepada isu-isu LGBT, di Ampang.

Peserta dialog itu antaranya membangkitkan cabaran mereka dalam mendapatkan bantuan kesihatan, insurans, hal ehwal gadaian, malah sukarnya untuk bersembahyang di masjid.

Seorang mak nyah yang hanya mahu dikenali sebagai As berkata beliau tidak dibenarkan bersembahyang dengan golongan Muslimah di masjid.

Katanya, iman masjid berkenaan keberatan menerima beliau sebagai ahli jemaah, terpaksa memakai pakaian lelaki, tidak menampakkan buah dada dan bersembahyang di bahagian lelaki lapor Malaysiakini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.