Bonus: Syed Saddiq Buat Perbandingan Tidak Munasabah

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman telah mempersoalkan di dalam twitternya kenapa Selangor boleh memberikan bonus berjumlah 2.5 bulan kepada penjawat awamnya dan kenapa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh melakukannya.

Mungkin Syed Saidiq terlupa, jumlah penjawat awam di Selangor hanyalah kira-kira 17,528 orang sahaja berbanding jumlah keseluruhan penjawat awam seluruh negara iaitu kira-kira 1.6 juta orang.

Bayangkan jika kerajaan terpaksa menyediakan bayaran bonus sebanyak 2.5 bulan kepada 1.6 juta orang ini, berapa bilion yang terpaksa dikeluarkan?.

Tetapi kerajaan persekutuan tidak melupakan mereka sebaliknya tetap menyediakan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Bukan itu sahaja, kira-kira 3.3 juta orang termasuk pekerja swasta bakal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat mulai 5 Jun ini.

Bayaran bonus 2.5 yang diumumkan oleh Azmin itu pula hanya untuk penjawat awam sahaja, bagaimana pula dengan pekerja sektor swasta? Adakah mereka terpaksa menggigit jari melihat rakan-rakan di sektor awam Selangor menerima bonus yang banyak itu?

Tapi sekurang-kurangnya mereka yang tidak bekerja dengan kerajaan negeri ini berpeluang mendapat bantuan BR1M dan untuk rekod, penerima BR1M paling tinggi adalah di Selangor.

Negeri itu merekodkan jumlah paling tinggi sejak 2014 iaitu kira-kira 1 juta orang.

Jadi adalah tidak munasabah untuk membuat perbandingan bonus kerajaan negeri dengan jumlah kakitangan yang jauh berbeza.

Kerajaan negeri Selangor hanya memperuntukkan RM57.25 juta berbanding peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan yang membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

Apa yang pasti bonus yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali ini tidak lebih kepada gula-gula pilihan raya, diberikan kepada penjawat awam di negeri itu tatkala pilihan raya umum semakin hampir.

Berbeza dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di mana setiap tahun penjawat awam dan pesara akan menerima bantuan khas berkenaan.

Beliau turut tidak melupakan rakyat Malaysia yang lain dengan memberikan BR1M bagi mengurangkan beban mereka menjelang hari raya Aidilfitri tanpa mengira ideologi politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.