Berat Badan Belum Cukup Ramping, Adira Pasrah Jika Suami Berubah

KUALA LUMPUR — Penyanyi Adira pasrah seandainya penampilan selepas bersalin kurang disenangi suami, Datuk Seri Adnan Abu.

Adira, 25, berkata walaupun berat badannya sudah menyusut 25kg namun untuk kembali ke bentuk asal sesuatu yang mustahil.

“Harapan tinggal harapan kalau nak ke 42kg semula seperti dulu.

“Bila melahirkan anak, saiz badan semakin membesar dan tidak akan kembali seperti dahulu.

“Saya terima saja berapa berat yang saya mampu dapatkan,” katanya, lapor ProjekMMO.

Ditanya kemungkinan Adnan berubah hati ekoran penampilannya kini, Adira berkata: “Itu susah mahu cakap. Itu semua kerja Tuhan.”

Adira melahirkan anak pertama pada 10 Mac lalu yang juga anak keenam Adnan yang diberi nama Anggerik.

Melahirkan melalui kaedah pembedahan, Adira berkata berat badannya kini sekitar 49kg walaupun pernah mencecah 74kg semasa kehamilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.