Polis Arah PM Patah Balik Dari Menghadiri Program ‘Nothing To Hide’

KUALA LUMPUR – Kegagalan pihak penganjur dialog Nothing To Hide bersama NGO untuk mematuhi SOP keselamatan untuk kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai menyebabkan pihak polis mengarahkan pembatalan program tersebut.

 

Menurut sumber, beberapa insiden dan  kekecohan berlaku di luar Dewan Tun Hussein Onn sebelum program bermula memaksa pihak polis mengarahkan penganjur membatalkan penganjuran program bagi mengelakkan kekecohan yang lebih besar.

 

Sumber yang sama memberitahu Perdana Menteri yang dalam perjalanan menuju ke PWTC untuk menghadiri dialog tersebut telah dihalang pihak polis dan diminta berpatah balik  atas sebab-sebab keselamatan.

 

KPN - Twitter - Dialog Batal

 

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelumnya mengarahkan program tersebut dibatalkan.

 

“Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat, PDRM mengarahkan  Dialog diatas di PWTC, KL pagi ini dibatalkan,” tulis beliau dalam twitternya pagi ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.