PM Tidak Gembira, Tapi Keputusan Polis Batal Dialog Demi Keselamatan – KPN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengakui pihak polis terpaksa mengambil keputusan tegas membatalkan program dialog ‘PM Bersama NGO’ atas sebab keselematan walaupun tidak disukai oleh Datuk Seri Najib Razak Tun Razak.

 

“PM tidak gembira dengan keputusan saya tetapi demi keselamatan dan keharmonian saya terpaksa membuat pendirian dan membatalkan acara ini.

 

“Saya harap semua pihak yang mencintai keamanan memahami perkara ini,” tegas Khalid dipetik dari Malaysiakini.

 

Najib hari ini dijadualkan hadir dalam dialog bersama aktivis NGO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tetapi terpaksa membatalkan kehadirannya selepas dihalang dan dinasihatkan pihak polis supaya tidak hadir.

 

Khalid dalam satu kenyataannya pagi ini di twitter mengumumkan pembatalan program itu atas faktor keselamatan.

 

Beberapa kekecohan berlaku di lokasi penganjuran termasuk insiden tolak menolak dan rempuhan pintu dewan memaksa pihak polis mengarahkan penganjur segera membatalkan dialog tersebut.

 

Terdahulu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil kesempatan berucap seketika kepada orang ramai sebelum dihentikan oleh pihak polis berikutan kekecohan yang berlaku.

 

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, pihak penganjur SukaGuam mengesahkan Najib dalam perjalanan ke PWTC untuk menghadiri dialog tersebut tetapi dinasihatkan polis supaya tidak hadir berikutan masalah keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.