Mat Sabu Sedih Dapat Undi Sikit Sangat, Akan Bercuti Sekejap

KUALA SELANGOR – Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menjelaskan dakwaannya sebelum ini yang menyebut angka undian itu pelik susulan jumlahnya yang terlalu kecil.

 

Dengan nada berseloroh, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sempat memberitahu merasa sedih atas kekalahan itu.

 

“Kita sebagai orang lama… kalah itu biasa tapi undi itu sedikit sangat. Itu yang rasa sedih tu. Abang Mat ini biasa kalah biasa menang,” katanya pada sidang media selepas Muktamar Pas Pusat ke-61 ditanggungkan sementara, hari ini.

 

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi mengumumkan Mat Sabu tewas dengan hanya mendapat 279 undi sementara pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meraih 881 undi.

 

Meskipun kalah dalam pemilihan kali ini, Mat Sabu menegaskan akan tetap setiap dalam Pas.

 

“Saya akan bercuti sekejap… Tapi perjuangan Islam tetap saya akan teruskan.

 

Ketika ditanya adakah beliau akan mempertimbangkan untuk menyertai Pasma, Mat Sabu berkata, “saya masih ahli Pas… masih berada di atas pentas,” katanya.

 

Sementara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempat ‘menjawab’ bagi pihak Mat Sabu ketika ditanya strateginya untuk kembali meraih sokongan perwakilan.

 

“Itu rahsia dia (Mat Sabu),” kata Abdul Hadi.

 

Malah Abdul Hadi secara tak langsung memuji Mat Sabu yang tetap menyertai muktamar meskipun tewas dalam pemilihan.

 

“Saya rasa pertandingan dalam parti ini tidak pelik. Dalam Pas ini, pernah orang tak dipilih dalam parti, terus tinggalkan majlis. Ini (Mat Sabu) tak tinggalkan majlis. Masih ada dalam majlis lagi.

 

“Dalam Pas ini pernah macam-macam. Pas dapat melangsungkan perjalanannya hingga hari ini,” katanya.

 

Ketika ditanya perasannya kembali menerajui kepimpinan, Abdul Hadi menjawab, “perasaan saya, ini satu amanah yang mesti dilaksanakan.” – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.