Mat Sabu Kalah Teruk, Tuan Ibrahim Timbalan Presiden PAS Yang Baru

KUALA SELANGOR – Kebangkitan sokongan terhadap kumpulan ulama dalam PAS semakin ketara apabila Mohamad Sabu kalah dengan perbezaan undi yang besar dalam usaha mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti itu.

 

Mohamad Sabu yang lebih terkenal dengan panggilan ‘Mat Sabu’ mendapat 279 undi berbanding pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 881 undi.

 

Tuan Ibrahim yang turut berada dalam senarai ‘cai’ Dewan Ulama PAS Pusat bagi Timbalan Presiden PAS menang dengan majoriti 602 undi.

 

Ini adalah kali kedua Tuan Ibrahim bertanding bagi jawatan berkenaan selepas tewas dalam cubaan pertama pada 2011.

 

Ketika itu Tuan Ibrahim gagal merebut kerusi timbalan dalam pertandingan tiga penjuru menentang Mat Sabu, selain penyandang ketika itu Nasharudin Mat Isa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.