Mat Sabu Hairan Dapat Jumlah Undi Yang ‘Pelik’

KUALA SELANGOR – Bekas timbalan presiden Mohamad Sabu berasa hairan dengan jumlah undi yang diperolehinya yang disifatkannya sebagai “pelik” sekalipun menerima keputusan kekalahannya.

 

Beliau yang lebih 30 tahun bergelumang dalam PAS tewas dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu semalam.

 

Beliau mendapat 279 undi manakala Tuan Ibrahim mendapat 881 undi. Pada pemilihan sebelum ini, beliau mendapat 588 undi, Manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan 490 undi.

 

Pemilihan kali ini menjadi panas apabila senarai ‘chai’ dikeluarkan oleh kumpulan pro-status qou kepada perwakilan sehingga memperlihatkan mereka menyapu bersih kepimpinan ketiga-tiga sayap parti sehingga Jawatankuasa PAS pusat.

 

“Saya menerima keputusan tetapi undi yang diterima, saya dapat (jumlah) undi pelik,” kata dihubungi Malaysiakini pagi ini.

 

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih “undi pelik” yang dimaksudkan sebaliknya hanya menyatakan “kehairanan” memandangkan beliau sedang bergegas memasuki Stadium Tertutup Kuala Selangor.

 

Ditanya rancangannya selepas kekalahannya selepas Muktamar PAS ke-61, Mohamad yang penah ditahan ISA berkata beliau masih belum membuat apa-apa keputusan.

 

“Saya nak berehat sekejap,” katanya ringkas. – Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!