Foto: 145 Pendaki Mohon Bantuan, Terperangkap Di Puncak Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU – Gempa bumi sederhana pada 5,9 skala richer yang melanda sebahagian negeri Sabah hari ini menyebabkan sekumpulan individu terperangkap di puncak Gunung Kinabalu.

 

Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Sabah Parks, Dr Jamili Nais yang menjelaskan seramai 145 individu itu merupakan pendaki, penunjuk arah dan pegawai Sabah Parks.

 

Beliau juga memaklumkan usaha menyelamat sedang usahakan dan sebuah helikopter telah digerakkan ke lokasi untuk membantu mangsa yang terlibat.

 

“Bagaimanapun mereka terperangkap di kawasan yang tidak merbahaya, kami nasihatkan mereka agar tidak bergerak jauh kerana bimbang dengan kemungkinan runtuhan batu berlaku,” katanya.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn turut mengesahkan sebuah helikopter EC725 milik TUDM telah dihantar bersama bekalan makanan dan minuman ke lokasi.

 

145 Terperangkap Atas Gunung Kinabalu-2

 

Sementara itu tinjauan di laman Facebook salah seorang pendaki dikenali sebagai Charlene Dmp, mendapati beliau berkongsi foto dan situasi terkini mereka di puncak Gunung Kinabalu.

 

“Kami semua masih terdampar di Gunung Kinabalu. Doakan kami, ” tulis Charlene pagi tadi.

 

Dalam status terbarunya Charlene memberitahu mereka kini sedang menanti ketibaan helikopter dan tidak dapat turun ke bawah disebabkan keadaan tidak selamat.

 

“Ketika ini kami sedang menunggu ketibaan helikopter untuk selamatkan kami.

 

“Kami tidak dapat turun sekarang ada banyak batu-batu jatuh, jalan turun tidak selamat dan masih ada gegaran,” jelas Charlene.

 

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku 16 km di barat laut Ranau pada 7.15 pagi ini yang turut dirasai gegarannya di lokasi seperti Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

 

145 Terperangkap Atas Gunung Kinabalu-3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.