Bersyukur Peroleh Pahala ‘Free’, Perkongsian Siti Nurhaliza Sekali Lagi Menjadi Kecaman Netizen

- Advertisement -

Sekitar 26 April lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bersama keluarga telah melangsungkan majlis tahnik anak keduanya iaitu Muhammad Afwa.

Majlis yang turut dihadiri beberapa pendakwah bebas ini secara tidak langsung telah membuatkan para netizen menyoal isu melibatkan rentas negeri dan juga SOP yang dijalankan. Tidak kurang juga yang melabel Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai tidak sensitif mengenai isu yang berlaku.

Screen Shot 2021-05-05 at 10.50.31 AM

SUMBER: INSTAGRAM @CTDK

Sehubungan dengan itu, Siti Nurhaliza baru-baru ini telah memuat naik sebuah mesej di Instagram beliau memaklumkan beliau bersyukur dan gembira mengumpul pahala sempena 10 malam terakhir.  Beliau juga turut mengaitkan dugaan yang dilalui dengan pahala berganda-ganda yang diterima.

Mesej positif yang dikongsikan Siti Nurhaliza walau bagaimanapun membuatkan para netizen kurang senang apabila mengaitkan isu yang berlaku dengan pahala berganda-ganda yang diterima. Berikut merupakan komen netizen mengenai perkongsian penyanyi ini.

Screen Shot 2021-05-05 at 11.23.21 AM

SUMBER: FACEBOOK MALAYSIAKINI

Screen Shot 2021-05-05 at 11.23.46 AM

SUMBER: FACEBOOK MALAYSIAKINI

Berdasarkan tinjauan, Siti Nurhaliza menerusi akaun @ctdk di Instagram dlilihat telah menutup ruang komen pada perkongsian terbaru setakat ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat