Viral Video Pengunjung Pantai Pikul Ikan Lumba-lumba Mati, Kelihatan Biasa Tapi Beri Kesan Memilukan!

Baru-baru ini, satu video telah menjadi perbincangan hangat netizen di China. Dalam video itu,  kelihatan seorang pelancong China memikul seekor ikan besar yang dipercayai ikan lumba-lumba.

Ia dirakamkan menerusi telefon bimbit dan dipercayai berlaku di Pulai Hailing.

 

Lelaki yang hanya memakai seluar renang itu kelihatan santai membawa lumba-lumba itu.

Sementara seorang wanita mengikutinya dari belakang.

Insiden ini dipercayai berlaku pada 1 Mei 2018 lalu.

Menurt seorang petugas keselamatan di situ, ikan lumba-lumba itu telah mati dan dipenuhi luka ketika ditemui terdampar di pantai.

“Ramai yang menyaksikan ikan itu di pantai tetapi seorang lelaki datang dan kemudian memikul ikan itu,” katanya.

Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu telah meletakkan ikan berkenaan di dalam keretanya dan berlalu pergi.

Siasatan awal yang dilakukan oleh agensi perikanan tempatan menunjukkan bahawa ikan itu sudah mati.

Namun orang awam tidak dibenarkan memburu, membunuh, menjual, atau memelihara mana-mana spesies yang dilindungi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.