‘Seorang Lagi Ejen Perosak Negara’

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar tindakan seorang pengguna media sosial yang menyalah gunakan laman itu untuk membuat fitnah dan melaporkan berita palsu bagi memburukkan parti pemerintah negara, Barisan Nasional.

Beliau memuat naik status dan menyifatkan pengguna media sosial tersebut sebagai ejen perosak negara.

“Seorang lagi ejen perosak negara sebar #TsunamiPHitnah. Fitnah kempen wang, pengundi hantu, warga Bangladesh, secebis bukti pun tak ada tapi diulang-ulang dari dulu sampai sekarang tak habis-habis. Jangan kita biar golongan sebegini terus sebar kebencian!,”katanya menerusi status di laman facebooknya hari ini.

Beliau turut menyertakan paparan skrin status yang dimuat naik seorang pelayar facebook terbabit.

Terdahulu, seorang pelayar menyebarkan status yang mampu menyemarakkan kebencian kepada parti pemerintah negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.