Rafidah, Daim Digugurkan, Rais Disiasat

PUTRAJAYA – Dua veteran UMNO yang juga bekas menteri iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz digugurkan keanggotaan parti berkuat kuasa semalam susulan tindakan mereka menyokong pembangkang selain menghentam parti kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, Tan Sri Dr Rais Yatim pula masih disiasat berhubung isu sama sebelum tindakan seterusnya diambil.

Menurutnya, surat pengguguran keanggotaan itu dihantar kepada Daim dan Rafidah semalam, sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan parti.

“Bila dia (Rafidah) di atas pentas pembangkang secara automatik saya minta surat dihantar kepada beliau dan digugurkan sebagai anggota UMNO termasuk Tun Daim, ” katanya kepada media selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini, petik Bernama

Terdahulu, Tengku Adnan yang mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 dicabar oleh Zainal Abidin Kidam (PAS) dan Datuk Samsu Adabi Mamat (PKR-PPBM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.