Penduduk Cina Kecewa DAP Gagal Atasi Masalah

KUALA LUMPUR – Penduduk Taman Cheras Hartamas yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai berharap calon DAP yang bertanding atas tiket PKR, tidak lagi menjadi wakil rakyat mereka kerana gagal menyelesaikan pelbagai masalah setempat sekalipun hampir 80 peratus penduduk di situ terdiri daripada kaum Cina.

Memetik Utusan, antara masalah tersebut ialah kesesakan di sepanjang Jalan Cheras Hartamas, tidak menyediakan kemudahan tempat meletak kereta serta membiarkan pemasangan struktur kabel elektrik yang boleh mengancam keselamatan kira-kira 1,200 penduduk kawasan perumahan itu.

Sementara itu, menurut wakil penduduk, Michael Pang, 42, semua aduan berkenaan telah dikemukakan kepada penyandang DUN Teratai, Tiew Way Keng (DAP) sebelum ini termasuk penyandang Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (PKR) namun segala masalah yang dibangkitkan itu seolah-olah tidak dihiraukan.

“Kami membangkitkan kembali masalah ini semasa musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) agar setiap calon dapat memahami masalah rakyat,” katanya kepada pemberita semasa calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN tersebut, Ben Liew Pok Boon mengadakan lawatan ke kawasan itu di sini hari ini.

Dalam masa sama Pok Boon berkata, beliau sendiri beberapa kali meninjau kawasan itu dan sememangnya mendapati segala aduan penduduk mempunyai asas kerana jika dibiarkan berisiko mengancam keselamatan orang awam.

“Masalah-masalah ini telah bermula sejak lebih lima tahun lalu, dan pelbagai aduan dibuat kepada wakil rakyat DAP namun sehingga hari ini gagal diselesaikan,” katanya.

Menurut calon BN itu berharap beliau diberi mandat oleh pengundi DUN Teratai untuk menyelesaikan kesemua masalah tersebut yang gagal ditangani oleh DAP sekali pun merupakan parti pemerintah di Selangor sejak 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.