200 Ahli Warisan Keluar Parti, Masuk BN

LAHAD DATU – Seramai 200 orang ahli Warisan di Sugapaya Hilir telah keluar parti tersebut dan telah menyertai Barisan Nasional (BN).

Menurut S Jeffrizin Haji Suti, tindakan tersebut diambil   setelah kepercayaan terhadap pucuk pimpinan hilang.

” Ya kami dulu sokong parti itu sebab kami sangka nasib kami kena belatapi rupa-rupanya parti itu hanya perjuangkan nasib pemimpinnya dan kami sudah kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu.

“Kenapa kami pilih BN? Sebab sudah terbukti parti ini sahaja yang berjaya membela rakyat tanpa mengira bangsa atau agama.

“Parti BN sahaja saja tidak membeza-bezakan rakyatnya kalau mereka mahu bantu walaupun kami dulu bukan penyokong BN tapi kami tetap rasa nikmat yang BN bagi dan ini adalah salah satu sebab kenapa kami ingin bersama BN,” katanya dalam satu majlis khas anjuran Pusat Khidmat Silam Zon Sapagaya.

Menurut laporan Sabah Kini, sebagai simbolik, mereka telah membuka kemeja parti Warisan di hadapan calon Barisan Nasion bagi Parlimen Silam, Datuk Haji Datu Nasrun Datu Mansur.

 

#JomBN

#BersamaBN

#HebatkanNegaraku

#DahulukanRakyay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.