AS Uji Peluru Berpandu Antara Benua

WASHINGTON – Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) tanpa peledak dari California awal pagi kelmarin, kata pihak tentera.

Menurut AFP, Jurucakap Markas Serangan Global Tentera Udara AS, Joe Thomas memberitahu agensi berita, AFP dari California bahawa ujian tersebut merupakan rutin dan bukan bertujuan untuk mempamerkan kekuatan dalam konfrontasi dengan Korea Utara berhubung program nuklear dan peluru berpandu balistik Pyongyang, lapor Kosmo.

Peluru berpandu Minuteman III itu dilancarkan dari Pangkalan Tentera Udara Vanderberg, kata Thomas dalam satu kenya­taan.

Misil itu terbang sejauh 6,700 kilometer dan jatuh berhampiran terumbu karang di Lautan Pasifik yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Marshall.

Lokasi tersebut merupakan tapak ujian peluru berpandu ba­listik tentera AS.

Minuteman III yang berupaya membawa peledak nuklear akan diuji sebanyak empat kali dalam setahun, kata jurucakap markas berkenaan, Linda Frost.

“Pelancaran ujian ini mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan sistem senjata ICBM, menyediakan data berharga bagi memastikan kekal efektif sebagai pencegah perang nuklear.

“Program pelancaran ICBM ini menunjukkan keupayaan Minu­teman III dan memastikan keupayaan AS untuk mengekalkan elemen preventif nuklear yang kuat demi keselamatan AS dan sekutunya,” kata Frost.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.