Video : Keretapi Tergelincir, 19 Maut Hampir 100 Orang Dilaporkan Cedera

New Delhi (India) – Sekurang-kurangnya 10 terbunuh manakala 57 lagi cedera apabila kereta api penumpang tergelincir di barat India, hari ini.

Pegawai polis Ankush Shinde berkata, enjin dan empat gerabak penumpang tergelincir dari landasan berhampiran stesen Roha, kira-kira 110 kilometer di selatan Mumbai.

Jurucakap Kereta Api, Anil Kumar Saxena, berkata operasi menyelamat sedang dijalankan apabila dua daripada empat gerabak itu tergelincir ke landasan sebelah.

Punca kemalangan sedang disiasat. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.