Video : Ahli Akrobat Sarkas Parah, Jatuh Dari Ketinggian 8 Meter

Providence. (Amerika Syarikat) – Kemeriahan pertunjukan sarkas bertukar tragedi apabila sembilan ahli akrobat wanita termasuk seorang penari cedera parah ketika melakukan aksi.

Mangsa terjatuh dari ketinggian lapan meter sehingga menyebabkan pentas sarkas roboh.

Kejadian berlaku ketika persembahan lagenda Ringling Brothers, Barnum dan Bailey sarkas jam 11 pagi waktu tempatan di Providence.

Menurut jurucakap hiburan Feld, Steven Payne, insiden terjadi ketika mangsa sedang dalam keadaan tergantung untuk melakukan aksi berbentuk candelier menggunakan rambut masing-masing.

Logam yang menjadi tempat mangsa berpaut itu tiba-tiba tercabut saat persembahan semakin rancak.

Lapan akrobat hilang kawalan lalu terjatuh menghempap seorang penari yang berada di bawah.

Pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

Kira-kira 10 lagi ahli akrobat sarkas turut cedera ringan.

Insiden ini kali pertama berlaku kepada syarikat berkenaan sepanjang tempoh 40 tahun terbabit dalam persembahan sarkas.

Sarkas 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.