Teresa Kok Akan Didakwa Di Mahkamah Esok

Kuala Lumpur – Ahli parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok akan didakwa di mahkamah esok atas dakwaan penyiaran video klip yang mencetuskan kontroversi sempena Tahun Baru Cina yang lalu.

Menurut laporan awal yang diterima, dia akan di hadapankan ke mahkamah seksyen Kuala Lumpur,  di bawah Akta Hasutan.

Teresa yang juga naib pengerusi DAP, di katakan terbabit dalam penerbitan klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014’ yang tersebar lmelalui laman YouTube awal tahun ini.

Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Kok itu mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.