Pelakon Tasha Shilla Tak Kisah Ada Kekasih Bertatu

Walaupun kekasihnya sering dikritik kerana bertatu, namun pelakon cantik manis, Tasha Shilla mendakwa dia tidak pernah mengambil pusing cakap-cakap orang mengenai perkara itu.

Tasha Shilla

Malah menurut pelakon berusia 27 tahun itu, dia tidak kisah kekasihnya, seorang peninju Muay Thai berbangsa Cina yang dikenali sebagai Hans mempunyai tatu kerana baginya penampilan luaran tidak menggambarkan keperibadian seseorang individu itu.

Memetik kenyataannya dalam Media Hiburan, Tasha berkata, “saya bukan jenis individu yang suka menilai orang lain dari luarannya. Jadi saya tidak mahu menilai dia berdasarkan perkara tersebut”.

Jika sebelum ini, Tasha pernah dikaitkan dengan pemain bola sepak, Mahali Jasuli lantas ramai mengatakan dia hanya terpikat dan mahu berkawan dengan ahli sukan.

Walau bagaimanapun, Tasha menafikan perkara tersebut.

Mungkin Tasha tertarik dengan kehidupan atlet yang sentiasa menitik beratkan kesihatan dan kecergasan kerana secara tidak langsung ianya juga boleh mempengaruhi kehidupan sihat aktres terbabit.

2 thoughts on “Pelakon Tasha Shilla Tak Kisah Ada Kekasih Bertatu

  • May 5, 2014 at 5:59 pm
    Permalink

    dunia berpusing manusia semakin pening…nasabebek pudih idajnem nanalajrep pudih aisunam nikames sababret irad nasadnal amaga…iagabes tamu malsI ayntutapes naklamagnem ialin-ialin pudih malsI…ipatet apa gnay ukalreb gnarakes ada tamu malsI gnay huragnepret nagned ayadub gnay haggnacreb nagned mukuh malsI…agumes atik ilabmek lakgnapek nalaj mulebes tasesret.

    Reply
    • May 6, 2014 at 12:55 pm
      Permalink

      Ko ni pon antara manusia pening ke? Tulis terbalik mcm tak sekolah.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.