Pelakon Johan As’ari, Ingatkan Wanita ‘Jangan Perigi Cari Timba’

Peminat industri hiburan tempatan mungkin ada yang mengelarkannya sebagai jejaka Playboy Malaya apabila nama Johan As’ari kerap kali dikaitkan dengan ramai selebriti wanita sebelum ini.

Antaranya, Izreen Azminda, Fasha Sandha, Nabila Huda, Shila Amzah dan juga Lana Nodin.

Malah, Johan juga sebelum ini pernah membuat kenyataan mahu memperisterikan Lana namun tup-tup rancangan itu tidak menjadi kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga.

Menerusi Sinar Harian, Johan juga sempat menitipkan pesanan buat wanita-wanita di luar sana dengan berkata, “kali ini, janganlah ada yang perigi cari timba. Apa yang paling penting saya akan mengutamakan restu kedua ibu bapa saya”.

Adakah ini bermaksud, wanita-wanita sebelum ini yang dikaitkan dengan dirinya memulakan langkah terlebih dahulu dalam perhubungan mereka?

Kalau begitu, memang betul ‘hot market’ lah Johan ni kan. Sampai ramai selebriti wanita yang cantik-cantik terpikat padanya. Tak gitu? –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.