Pekerja Kontrak Ditemui Mati Dengan Kesan Cedera Di Kepala

Shah Alam – Seorang pekerja kontrak ditemui mati dengan kesan pukul di bahagian kepala di kilometer 13.1, Lebuhraya Persekutuan menghala ke arah Kuala Lumpur, pukul 7 malam tadi.

Mangsa, Hannan Abrari, 33, seorang lelaki dipercayai warga Indonesia yang masih lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

Sumber memberitahu, kes pada awalnya dikatakan melibatkan kejadian trafik namun pemeriksaan akhirnya mendapati ia mempunyai unsur jenayah.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.