Lagi Bayi Lahir, Hasil Seludup Sperma

Tebing Barat – Seorang lagi wanita melahirkan anak perempuan hasil sperma suaminya yang diseludup keluar dari penjara Israel.

Menurut Dr Salem Abu Khaizaran di Klinik Razan, kira-kira 15 bayi dilahirkan melalui prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) sejak kejayaan proses itu pertama kali dicipta di Tebing Barat pada Ogos 2012.

“Tujuan kaedah seperti itu digunakan adalah untuk membantu isteri tahanan yang berhasrat mempunyai zuriat walaupun suami mereka tiada di sisi.

“Kos melakukan prosedur IVF biasanya mencecah antara AS$2,000 (RM6,500) dan AS$3,000 (RM9,800). Tetapi, kami menawarkan ia secara percuma kepada isteri tahanan atas sebab kemanusiaan,” katanya.

Difahamkan, penyeludupan sperma tersebut juga dilakukan dalam pelbagai cara tanpa diketahui pihak berkuasa penjara Israel.

Sementara itu, media Arab News melaporkan, enam wanita yang menjalani prosedur sama di Gaza juga bakal bergelar ibu dalam tempoh beberapa bulan lagi. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.