Kubah Tandas Mirip Masjid, Pemilik Resort Akur Bantahan Masyarakat

Kota Tinggi – Sebuah resort di Desaru, Kota Tinggi, Johor mencetuskan kontroversi apabila bangunan tandas resort berkenaan didakwa menyerupai masjid.

Bangunan yang terletak dalam kawasan Lotus Desaru Beach Resort, di Kota Tinggi, Johor didakwa menghina Islam dengan rekabentuk sebegitu.

Kubah masjid 2

Menurut kakitangan resort yang enggan namanya disiarkan, bangunan berkenaan memang memiliki kubah bagaimanapun ia telah wujud sejak tahun 90-an lagi di resort berkenaan.

Bagaimanapun, baru-baru ini pihak resort ingin memperindahkan lagi bangunan itu dan sejak itu ia menjadi perhatian orang ramai dengan corak binaan ala-ala Maghribi yang ditonjolkan melalui kubah berkenaan.

Menurut kakitangan itu, pihaknya menyedari kontroversi berkenaan pagi tadi apabila ia tersebar di internet dan beliau berkata pihak resort sudah pun bertindak menanggal dan menurunkan khubah berkenaan.

Kubah masjid 1

Pihak Jabatan Agama Islam Johor juga hadir dan melihat bangunan itu ekoran kontroversi berkenaan, katanya lagi.

Baca : Hina Islam : Pemilik Resort Bina Tandas Mirip Masjid?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.