Hudud : Pemuda MCA Protes Depan Ibupejabat PAS

Kuala Lumpur – Kira-kira 30 ahli Pemuda MCA, persatuan Cina dan NGO mengadakan protes di depan ibupejabat PAS bagi membantah rancangan parti itu membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud.

Kumpulan itu yang diketuai Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Tan Kok Eng, berkumpul kira-kira jam 10 pagi tadi bersama kain rentang dan plakad yang bertulis, “Say No to PAS Hudud”.

Tan kemudiannya menyerahkan memorandum kepada seorang kakitangan PAS Fadhil Osman, menggesa parti Islam itu menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Kami tidak fikir Malaysia adalah negara Islam,” kata Tan dalam sidang media selepas protes itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.