Bantulah Ibu Berpantang Minta Sedekah Beli Susu Anak

Kampar: Kesempitan hidup memaksa seorang ibu muda meminta sedekah walaupun masih dalam pantang di kaki lima sebuah bank sekitar daerah ini bagi mendapatkan wang membeli susu bayinya.

Lebih menyedihkan, Noor Asmidah Arzmi, 23, terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu memberi bayi lelakinya itu susu badan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman paru-paru sejak sebulan lalu.

 Menurutnya, dia melahirkan anak keduanya itu pada 19 Mac lalu dan menggunakan semua wang simpanan yang ada untuk perbelanjaan harian terutama membeli susu untuk anak yang baru dilahirkan serta anak sulung kini berusia dua tahun.

“Saya terpaksa meminta belas kasihan orang lain untuk mendapatkan wang supaya boleh membeli susu anak saya memandangkan saya tidak boleh menyusukan anak saya kerana menghidap penyakit.

“Doktor mengesahkan saya dijangkiti kuman pada paru-paru sehari selepas bersalin serta menasihatkan supaya tidak menyusukan anaknya untuk mengelak berlaku jangkitan dan susulan itu saya memerlukan wang untuk membeli susu hingga memaksa saya meminta sedekah,” katanya ketika ditemui di depan sebuah bank dekat sini, semalam.

Noor Asmidah berkata, pada awalnya dia menggunakan wang simpanan hasil pendapatan suami yang tidak tetap kerana hanya berkerja kampung dan sejak beberapa hari lalu mereka sudah kehabisan wang.

“Saya tidak tahu bagaimana ingin mendapatkan bantuan lagi hingga nekad mengambil jalan akhir meminta ihsan dari orang ramai di kaki lima,” katanya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana mengalami masalah ingatan.

Katanya, dia memang ada mendapat bantuan sebanyak RM150 sebulan yang diberikan JKM, namun tidak mencukupi.

bagi menyara keluarganya berikutan suaminya hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.
Menurutnya, dia terpaksa menaiki bas dari rumahnya di Air Kuning, dekat sini, untuk mendapatkan sumbangan orang ramai bagi menampung perbelanjaan susu rumusan yang mencecah RM50 hingga RM80 sepeket untuk anaknya.

“Ketika melahirkan Muhammad Khairul Baharuddin Firdaus (anak), saya turut mengalami sesak nafas dan perut saya mengeras sebelum diberitahu mengidap jangkitan kuman pada paru-paru sejurus selepas melahirkannya.
“Sekarang walaupun masih dalam pantang dan tidak pernah meminta derma, saya terpaksa berkorban asalkan anak saya tidak lapar, “ katanya.

Menurutnya suaminya bekerja di kampung berdekatan rumahnya selain menjaga seorang lagi anak berusia dua tahun.

Sementara itu, seorang pelanggan bank, Muhd Hamzah Ramli, 20, yang ditemui berkata, wanita terbabit berada di depan sebuah bank di sini selama setengah jam dan ramai menderma kerana simpati dengan keadaannya.

“Orang yang datang menderma tidak teragak-agak kerana dia mempamerkan laporan kesihatan dan kad OKU sambil mendukung bayinya.

“Terdapat pelanggan bank yang menghulurkan sumbangan sehingga RM50 dan ada juga yang memberi cadangan kepada wanita berkenaan memohon bantuan Baitulmal bagi meringankan beban ditanggung ibu malang itu,” katanya.

Individu yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan dengan memasukkan wang ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor akaun 1012341000077682 atas nama Noor Asmidah Arzmi.HM

One thought on “Bantulah Ibu Berpantang Minta Sedekah Beli Susu Anak

  • October 19, 2016 at 3:09 pm
    Permalink

    KONDOM! SILA BAGI SEDEKAH KONDOM! DAH MISKIN TOKSAH LA BERANAK!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.