Tiga UMNO Bahagian Diarah Buat Pemilihan Semula

- Advertisement -

KOTA BHARU – UMNO Bahagian Tumpat, Kuala Krai dan Jeli perlu menjalani pemilihan semula, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Akhbar Salim.

Menurutnya, ia susulan bantahan yang dibuat oleh perwakilan ketiga-tiga bahagian itu.

“UMNO Bahagian Jeli dan Kuala Krai akan menjalani pemilihan pada 8 April ini iaitu pada Sabtu, manakala UMNO Bahagian Tumpat menjalani pemilihan pada 15 April.

“Pemilihan perlu dilakukan susulan terdapat bantahan dan pemilihan akan membabitkan semua jawatan.

“Bagaimanapun calon yang bertanding masih sama, hanya perlu mengundi sekali lagi,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO Bahagian Tanah Merah sehingga kini belum mengadakan pemilihan parti.

“Setakat ini UMNO Bahagian Tanah Merah masih di bawah Umno Kelantan dan kita menjangkakan akan mengadakan mesyuarat bahagian dan pemilihan tidak lama lagi.

“Bila tarikh pemilihan itu akan dibincangkan nanti. Apapun kita mengharapkan pemilihan untuk tiga bahagian nanti berjalan lancar,” katanya. – Hmetro

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat