Pembangkang Johor Wajar Main Peranan Pengimbang Dan Pemeriksa – Sultan Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengimbang di Johor wajar memainkan peranan pemeriksa terhadap tindakan kerajaan negeri supaya tidak berbuat sesuka hati.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar ADUN pembangkang turut berperanan memberikan cadangan serta pandangan bernas demi kemajuan serta kemakmuran Johor.

Hari ini, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Pengimbang Kerajaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Andrew Chen Kah Eng.

Menurut kenyataan media Sultan Johor, Andrew
menzahirkan ucapan penghargaan kepada Sultan Johor yang berpendapat ahli dewan pembangkang bertanggungjawab menjadi pengimbang dan pemeriksa terhadap tindakan kerajaan negeri.

Pada sesi mengadap selama hampir dua jam, Andrew yang juga ADUN Stulang juga mendapatkan nasihat serta pandangan daripada Sultan Johor.

Sultan Ibrahim turut menitikberatkan betapa jayanya konsep Bangsa Johor dalam menyatupadukan semua rakyat di negeri ini tanpa mengira agama dan bangsa.

“Konsep Bangsa Johor menjadi tunjang perpaduan antara kaum selama ini dan rakyat Johor perlu berbangga dengannya kerana kita bukan sahaja hidup aman damai, malah saling hormat-menghormati antara satu sama lain,” titah Sultan Johor.

Pada titah ucapan Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-15, Mac lalu Baginda bertitah, berpendapat gelaran pembangkang yang diberikan kepada Ahli Dewan di pihak bukan kerajaan adalah kurang sesuai kerana peranan mereka bukanlah hanya membangkang segala cadangan kerajaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat