Jangan Kongsi atau Sebar Poster Kredit Shopee Palsu – JPM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini tampil menafikan poster pemberian kredit Shopee RM400 untuk rakyat yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

JPM berkata poster yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan logo Malaysia Madani berkenaan adalah palsu.

“Jabatan Perdana Menteri (JPM) ingin merujuk kepada poster yang tular di media sosial bertajuk ‘𝐊𝐫𝐞𝐝𝐢𝐭 𝐒𝐡𝐨𝐩𝐞𝐞 𝐑𝐌𝟒𝟎𝟎 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚’.

“Untuk makluman, berita tersebut adalah 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” kata jabatan itu menerusi kenyataan rasmi di Facebook hari ini.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat