Saya Tetap Bersama UMNO Kata Syed Hamid

KUALA TERENGGANU – Bekas anggota Kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar menegaskan kesetiaannya terhadap UMNO tidak pernah tergugat malah memberi jaminan akan terus bersama parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Syed Hamid yang pernah berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri itu berkata, beliau masih ahli UMNO dan tidak pernah meninggalkan parti biarpun pelbagai desas-desus timbul mengaitkan dirinya sejak kebelakangan ini.

“Ramai yang bertanya saya berpihak di sebelah mana? Saya masih ahli UMNO dan InsyaAllah akan terus berada dalam UMNO.

“Saya dibesarkan dalam UMNO jadi saya tidak mahu tengok apa-apa gangguan melainkan untuk melihat negara kita Malaysia terus berkembang maju,” katanya ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Antarabangsa Modal Insan Kali Ke-3 di Hotel TH, semlaam, lapor Utusan

Yang hadir sama, Pengerusi Bersama Persidangan itu, Prof. Madya Dr. Rasidah Arshad dan Datuk Jefridin Atan di samping pensyarah Lancaster University Management School United Kingdom, Prof. Emeritus Paul Sparrow.

Seminar dua hari anjuran Pusat Pengajian Sumber Manusia (Chrest), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi)

Syed Hamid yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi memberitahu, ramai dalam kalangan veteran UMNO yang dilihat aktif memberi komen dalam pelbagai isu di media sosial namun adakalanya kenyataan itu disalah erti oleh pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open

Close