Video : Pemuda Kuat, Mampu Pikul Motorsikal Redah Sungai

Seorang lelaki dirakam mampu memikul motorsikalnya untuk meredah sungai.

Tribunenews.com melaporkan, lelaki terbabit mampu memikul motorsikalnya yang diletakkan dibahunya sendirian biarpun berat motor tersebut mencapai 100 kilogram.

Rakaman video di pantai Sanur, Bali itu memperlihatkan aksi lelaki terbabit yang mendapat perkongsian ramai sehingga menjadi tular di media sosial.

Apa yang lebih mengagumkan apabila dia mampu melalui sebatang jambatan kayu dan berjalan menuju ke daratan untuk meletakkan motor tersebut.

Akaun Facebook bernama Topik Nusa Putra memuat naik sebuah video tersebut pada Selasa lalu.

Topik Nusa Putra turut berkongsikan statusnya…

“Berapa kuat anda ???? Pantai sanur hari ini ….”

Sementara itu posting berkenaan telah menerima lebih dari 2 ribu like dan 6 ribu perkongsian.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.