Polis Tembak Mati Dua Ahli Geng Mamak

IPOH – Polis menembak mati dua ahli kumpulan penjenayah Geng Mamak dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Tanjung Rambutan-Tanah Hitam, Chemor di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam apabila dua lelaki yang menaiki kereta jenis Toyota Vios dalam keadaan mencurigakan cuba melarikan diri ketika ditahan oleh pihak polis.

Menurutnya, kedua-dua suspek masing-masing berusia 30-an hingga 50-an melepaskan tembakan ke arah polis.

“Seorang daripada lelaki berkenaan melepaskan empat das tembakan menggunakan sepucuk pistol sebelum polis membalas tembakan bagi mempertahankan diri.

“Seorang lagi suspek turut ditembak mati selepas menghayunkan sebilah parang ke arah polis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.