Obama Didakwa Punca Penggunaan Senjata Kimia Di Syria Berlarutan

WASHINGTON – Kegagalan pentadbiran bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertindak tegas terhadap penggunaan senjata kimia di Syria adalah punca kekejaman sedemikan berlarutan di negara bergolak tersebut.

Demikian ulasan pentadbiran semasa Washington berhubung serangan terbaharu yang dikaitkan dengan penggunaan gas toksik terlarang di Idlib semalam.

Sekurang-kurangnya 58 orang, termasuk 19 kanak-kanak serta 13 wanita terbunuh dalam serangan udara di wilayah barat laut Syria yang dikuasai bekas sekutu Al-Qaeda dari kumpulan Tahrir al-Sham.

Jurucakap White House, Sean Spicer berkata, tindakan kejam rejim Bashar al-Assad adalah akibat kelemahan pentadbiran Obama.-DPA/RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.