Video: Skandal Banglo, Rakyat Menjadi Mangsa Bukan DAP

PUTRAJAYA – Pengarah Komunikasi Startegik Barisan Nasional (BN) Abdul Rahman Dahlan berkata, bukan DAP yang menjadi mangsa, sebaliknya penduduk Malaysia yang berada di Pulau Pinang katanya, ketika mengulas mengenai isu dakwaan penyelewengan membabitkan pembangunan di Taman Manggis, Pulau Pinang.

 

“Saya tidak rasa tindakan Shabudin (Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Shabudin Yahaya)‎ yang mendedahkan isu banglo atau taman perumahan menjadikan DAP sebagai mangsa.

 

“Sebaliknya yang menjadi mangsa adalah rakyat di negeri itu,” kata beliau dalam sidang media di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini, sebentar tadi.

 

Terdahulu, isu banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mula menjadi sebutan sebaik sahaja Shabudin mendedahkan mengenai hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli Guan Eng di Jalan Pinhorn, Georgetown.

 

Shabudin menyebut perkara itu pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen bulan lalu meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian hartanah terhadap banglo milik Guan Eng. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.