Video: Penguatkuasa JAWI Dimaki Peguam, Pondan Ketika Serbuan

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis pondan, Siti Zabedah Kasim menjerit kepada pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang bertindak menyerbu majlis makan malam anjuran kumpulan mak nyah yang mempersembahkan acara “pertandingan ratu cantik”.

 

Melalui klip video berdurasi tiga minit yang dimuatnaik di media sosial, Siti yang juga merupakan ahli Majlis Peguam mempertikaikan operasi yang dilakukan oleh JAWI itu.

 

 

“Pegawai Jawi memberitahu saya menganjurkan pertandingan ratu cantik bercanggah dengan undang-undang — ia ‘haram’ di Malaysia, berdasarkan fatwa,” katanya kepada sebuah portal hari ini.

 

Siti menegaskan acara tersebut bukanlah satu pertandingan ratu cantik tetapi hanya satu persembahan sambil mempersoalkan apakah tindakan itu merupakan sebahagian daripada ajaran Islam.

 

Katanya, kira-kira 10 anggota penguatkuasa jabatan agama itu, bersama kumpulan wartawan, tiba di hotel tersebut kira-kira jam 10 malam tadi.

 

Berikutan itu, majlis yang dihadiri kira-kira 200 mak nyah, bertempiaran lari meninggalkan lokasi.

 

Seksyen 9 menjelaskan sesiapa yang “menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah” boleh didenda tidak lebih RM3,000, penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya.

 

Seksyen 35 pula menjelaskan sesiapa yang “menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat” boleh didenda tidak lebih RM5,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya.

 

Pada Ahad malam, kira-kira 10 anggota penguatkuasa jabatan agama itu, bersama kumpulan wartawan menyerbu majlis yang dihadiri kira-kira 200 mak nyah, kerana melanggar fatwa berkenaan penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan ratu cantik. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.